PETALING JAYA – Jumlah pendaftaran vaksin di negara mencecah sebanyak 11,069,418 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 melalui hantaran di Twitter menunjukkan jumlah pendaftaran tertinggi dicatatkan di negeri Selangor iaitu 2,916,443.
Diikut oleh negeri Johor, sebanyak 1,347,828 pendaftaran dan Sarawak pula 1,182,031.
Sementara itu, jumlah pemberian vaksin pula, sebanyak 2,583,048 dos telah diberikan setakat semalam.
Bagi penerima dos pertama ialah sebanyak 1,647,183 dan jumlah penerima dos kedua pula sebanyak 935,865.
Orang ramai masih boleh mendaftar penerimaan vaksin melalui aplikasi MySejahtera, atau laman web rasmi vaksingov.my atau mendapatkan bantuan di Klinik Kesihatan.
Sementara bagi penerimaan vaksin AstraZeneca secara sukarela, individu berusia 18 tahun ke atas boleh menempah slot masing-masing bermula pukul 12.00 tengah hari nanti. – K! ONLINE