fbpx

Sunway ambil alih Multicare

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE KIN (tiga dari kanan) bersama Leong Cheng (tiga dari kiri) selepas majlis pemeteraian perjanjian antara Sunway dengan Multicare di Sunway City baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sunway Bhd. (Sunway) melalui anak syarikatnya, Sunway Holdings Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian jualan dan belian dengan pemilik Multicare Pharmacy (Multicare) untuk pembelian pegangan majoriti dalam Multicare Health Pharmacy Sdn Bhd.

Multicare adalah salah satu daripada lima pemain utama farmasi di pasaran.

Presiden Sunway Group, Tan Sri Chew Chee Kin berkata, pemilikan tersebut dijangka ber­akhir menjelang tahun 2026 de­ngan melibatkan tiga peringkat.

“Melalui pengambilalihan tersebut, Kumpulan akan dapat meluaskan dan menggabungkan kepakaran Multicare dengan platform digital serta teknologi maklumat yang dimiliki Sunway.

“Kami yakin melalui inisiatif ini akan menjadikan Kumpulan sebagai salah satu rangkaian farmasi runcit yang berkembang pesat dan menjadi peneraju pasaran paling di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pemeteraian perjanjian antara Sunway dengan Multicare baru-baru ini.

Chee Kin menjelaskan, me­lalui krisis kesihatan ekoran pandemik Covid-19, terdapat peningkatan usaha dan fokus terhadap sektor penjagaan kesihatan se­perti farmasi bagi memenuhi keperluan dan permintaan komuniti.

Melalui pengambilalihan tersebut juga, Sunway berpe­luang untuk menawarkan per­khidmatan berkaitan farmasi yang berdaya saing kepada seluruh masyarakat.

Sunway telah menyertai pasaran farmasi runcit sejak tahun 2016 dan sehingga kini, memiliki 12 buah cawangan di Lembah Klang dan sebuah cawangan di Johor.

Melalui cadangan pengambilalihan tersebut, yang mana Multicare memiliki 76 cawangan farmasi di enam buah negeri bakal menjadikan Kumpulan sebagai salah satu pemain utama dalam bidang tersebut di negara ini.

Selain itu, Ketua Pegawai ­Eksekutif dan juga Pengasas Multicare, Lang Leong Cheng menjelaskan, pihaknya teruja terhadap kerjasama itu dan berharap dapat melangkah ke fasa baharu untuk menjadi rakan Kumpulan Sunway.

“Kami bakal menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan serta bakal me­ngukuhkan pertumbuhan syarikat untuk pelan jangka panjang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI