fbpx

Hanya pembelian secara bungkusan di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis makanan dan minuman di R&R akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga lapan malam untuk pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja namun semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan pembersihan berjadual lebih kerap. - Foto GAMBAR FAIL

PETALING JAYA – Susulan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan bermula hari ini, pengguna lebuh raya hanya dibenarkan untuk membuat pembelian makanan serta minuman di hentian rehat dan rawat (R&R) secara bungkusan sahaja.

Plus Malaysia Bhd (Plus) berkata, dalam tempoh penguatkuasaan SOP diperketatkan itu, semua premis makanan dan minuman di kawasan R&R tetap dibuka dan beroperasi namun hanya untuk tempoh lapan jam sahaja setiap hari.

“Premis makanan dan minuman di R&R akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga lapan malam untuk pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja namun semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan pembersihan berjadual lebih kerap.

“Kami menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk terus mematuhi SOP Diperketatkan supaya
kita bersama-sama dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita disarankan agar mendaftar bagi menerima vaksin demi melindungi diri sendiri dan semua pihak yang berada di sekeliling kita.

“Plus akan berterusan mengingatkan para pelanggan yang perlu melakukan perjalanan di lebuh raya supaya terus mematuhi SOP Diperketatkan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI