fbpx

694 individu ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 694 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah ersebut, 685 individu telah dikompaun, lapan direman manakala seorang lagi dijamin.

“Kesalahan dilakukan adalah tiada penjarakan fizikal (179), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (166) dan tidak memakai pelitup muka (129).

“Turut dilakukan adalah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (63), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58) dan lain-lain (99),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai lima pendatang asing tanpa izin telah ditangkap manakala dua buah kenderaan darat dirampas menerusi Op Benteng semalam.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 174 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan,” katanya yang turut memberitahu, sebanyak 504 sekatan jalan raya diadakan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI