fbpx

Desakan batal Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilayah Osaka berdepan gelombang keempat jangkitan Covid-19 menyebabkan desakan pembatalan penganjuran Olimpik berterusan. – AFP

TOKYO – Jangkitan kes Covid-19 yang luar biasa di Wilayah Osaka mendorong desakan baharu untuk membatalkan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Jepun yang membuka tirai Julai ini.

Osaka yang merupakan bandar raya kedua terbesar di Jepun kini mengalami gelombang besar jangkitan wabak Covid-19 baharu sehingga menyebabkan hospital dilihat gagal menampung serta mengawal lonjakan wabak tersebut.

Beberapa hospital di Osaka menegaskan mereka kehabisan katil dan juga mesin ventilator serta kakitangan dan doktor berdepan isu kepenatan yang boleh menyebabkan ‘keruntuhan sistem’ perubatan di wilayah tersebut.

Wilayah barat Jepun itu dihuni kira-kira sembilan juta orang dan mereka berdepan gelombang keempat menyebabkan cabaran besar untuk penganjuran Olim­pik kali ini.

“Ini adalah keruntuhan sistem perubatan. Varian baharu Co­vid-19 yang cepat menular se­perti dikesan di Britain menyebabkan lonjakan kes di Jepun terus me­ningkat,” kata Pengarah Hospital Universiti Kindai di Osaka, Yuji Tohda.

Sejak minggu lalu, 96 peratus daripada 348 katil yang disediakan di Osaka telah digunakan dan wilayah tersebut mencatatkan 3,849 kes positif baharu dalam tempoh seminggu iaitu lonjakan lima kali ganda berbanding tiga bulan yang lalu.

Ketua perubatan kecemasan dari Hospital Universiti Perubatan dan Farmasi Osaka (OMPUH), Akira Takasu memberi ama­ran agar Jepun membatalkan hasrat menganjurkan temasya Sukan Olimpik yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

“Olimpik harus dibatalkan ke­rana Jepun ketika ini gagal untuk menghentikan jangkitan varian baharu dari Eropah dan kemungkinan varian India juga akan berada di Jepun dalam tempoh terdekat ini.

“70,000 atau 80,000 atlet dari seluruh dunia akan berhimpun di negara ini. Jika Olimpik diteruskan kemungkinan menjadi pencetus bencana lain selepas itu,” tegas Takasu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI