fbpx

Katil penuh, dua hospital hibrid dibuka di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Jelebu menjadi hospital hibrid yang di buka untuk pesakit Covid-19 di negeri ini : Foto- NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Dua buah hospital hibrid iaitu Hospital Jempol dan Hospital Jelebu telah di buka untuk pesakit Covid-19 di negeri ini susulan penggunaan katil di dua buah hospital Covid-19 sedia ada sudah penuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah berkenaan diambil bagi menampung bilangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini dan Hospital Tampin.

“Katil di HTJ dan Hospital Tampin penuh dan kita terpaksa tambah lagi dua tempat iaitu hospital hibrid untuk pesakit Covid-19 iaitu sebanyak 42 katil tambahan di Hospital Jelebu dan 74 buah katil di Hospital Jempol.

“Saya harap dan menyeru kepada masyarakat supaya jaga kesihatan, kita tidak mahu tambah lagi jumlah katil, cukuplah,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Aminuddin berkata, selain itu, Kerajaan Negeri kini merancang untuk membuah sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu sekiranya bilangan kes pesakit Covid-19 terus menunjukkan peningkatan.

Menurutnya, PKRC tersebut akan dibuka di Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan kemudahan berkenaan mampu menempatkan kira-kira 800 pesakit bagi tujuan kuarantin dan rawatan.

“Sekiranya keadaan memerlukan, kerajaan negeri juga akan memohon supaya sebuah Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diwujudkan di negeri ini.

“Kapasiti katil, kita ada 832 buah katil di hospital dan di PKRC iaitu di Politeknik Port Dickson kita ada 900 katil ini. Penggunaan sekarang adalah sebanyak 1,137 katil dengan kekosongan sebanyak 595 buah katil yang kalau boleh tidak perlu diisi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI