fbpx

Tasha Manshahar reda bapa dibawa ke pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA (kanan) dibawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi momen ketika ayahnya dibawa menaiki ambulans untuk menjalani tempoh kuarantin PKRC Maeps Serdang malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Tasha Manshahar reda apabila bapanya yang dijangkiti wabak Covdi-19 dibawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Maeps Serdang malam tadi.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, dalam Instagram, kelihatan bapanya Mohd Manshahar dibawa menaiki ambulan untuk dibawa ke PKRC Maeps.

“Sebab ayah warga emas, KKM bimbang jadi mereka ambil ayah untuk dikuarantin dekat Maeps. Bagus juga sebab ada orang (petugas kesihatan) pantau ayah dekat sana,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, penyanyi yang popular menerusi lagu Terima Kasih Cinta itu turut memberitahu bahawa keadaan kesihatan bapanya semakin pulih dan selepas menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Ayah mula menunjukkan gejala pada 10 Mei lalu dan melakukan ujian calitan Covid-19 pada 15 Mei serta menjalani kuarantin di rumah.

“Sebenarnya sejak 13 Mei lagi ayah tak pergi mana-mana dan hanya duduk dalam bilik (kuarantin). Sekarang ini ayah hampir nak sihat,” tulisnya.

Ujarnya lagi, bapanya juga sudah mendapat semula deria bau dan rasa yang hilang selepas dijangkiti Covid-19.

Pada masa sama, Tasha juga berharap kesihatan bapanya akan kembali pulih beberapa waktu lagi dan boleh menjalani kehidupan di rumah bersama ibunya serta keluarga yang lain.

Terdahulu, Tasha ada berkongsi kisah duka apabila ibunya, Herina Wong Abdullah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang terpaksa dikomakan ekoran paru-parunya dijangkiti kuman selain paras oksigen dalam badan tidak stabil akibat jangkitan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI