fbpx

Kelantan catat empat kematian kes Covid-19 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kiri) ketika memeriksa kelengkapan yang akan ditempatkan di PKRC Tanjong Chat, Kota Bharu. Foto : ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Rekod Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menunjukkan bahawa purata kematian pesakit Covid-19 di Kelantan kini mencecah empat orang sehari.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, ia melibatkan pesakit kritikal yang ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Peningkatan kes kematian ini melibatkan mereka yang mempunyai penyakit kronik dan risiko kesihatan lain.

“Melalui data JKNK, kadar keboleh jangkitan wabak sejak kebelakangan ini juga lebih tinggi dengan angka kematian juga lebih ramai,” katanya kepada pemberita sewaktu melakukan pemantauan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tanjung Chat di sini hari ini.

PKRC berkenaan merupakan pusat kuarantin ke-13 yang dibuka di negeri ini dan menjadi pusat kuarantin ketiga yang menempatkan pesakit Covid-19 wanita selepas PKRC Pengkalan Chepa dan Tanah Merah.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, secara keseluruhan, sebanyak 104 kematian dicatatkan di Kelantan sejak awal tahun lalu sehingga semalam.

Katanya, Kelantan mencatatkan sebanyak 97 kematian pada tahun ini manakala hanya tujuh sahaja kematian pada tahun lalu.

“Peningkatan kes ini disebabkan varian baharu yang mudah merebak dan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat di negeri ini semakin lemah.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, kes menurun apabila banyak sekatan dilakukan termasuk dalam bidang ekonomi,” katanya.

Ujar Zaini, PKP 3.0 ketika ini banyak memberi kelonggaran dengan semua sektor ekonomi dibuka sehingga memudahkan penularan jangkitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI