fbpx

Tiada isu pengeluaran vaksin oleh Pharmaniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kanan) dan Adham ketika sidang akhbar perkembangan PICK hari ini. Foto Ihsan MOSTI

PUTRAJAYA – Tiada isu membabitkan pengeluaran vaksin oleh syarikat Pharmaniaga seperti yang didakwa sebaliknya kerajaan yakin bekalan vaksin oleh syarikat itu berjalan lancar seperti dijadualkan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya yakin Pharmaniaga akan dapat memenuhi kontrak pembekalan dan penghantaran seperti ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, Pharmaniaga juga difahamkan akan membawa masuk bekalan vaksin Sinovac dari China bagi membantu melancarkan PICK.

“Kami dimaklumkan, Pharmaniaga mampu membekalkan 500,000 dos vaksin Sinovac seminggu,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), secara dalam talian hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan kononnya vaksin yang diproses Pharmaniaga tidak memenuhi kualiti dan setanding dengan Sinovac yang dibekalkan terus dari China.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau ingin menjelaskan bahawa vaksin yang diproses Pharmaniaga di kilangnya di Puchong, Selangor menepati kualiti yang sama seperti bekalan yang diterima dari China.

“Tuduhan ini langsung tidak bertanggungjawab dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang menyebarkan berita tidak benar ini,” katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa vaksin diproses Pharmaniaga adalah satu-satunya vaksin yang halal di dunia, Khairy Jamaluddin berkata, ia tidak bermaksud vaksin yang lain itu haram.

“Saya difahamkan, vaksin jenis Sinovac yang diproses dan dibotolkan Pharmaniaga mendapat sijil halal oleh Majlis Ulama Indonesia.

“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud vaksin lain mengandungi apa-apa ramuan yang menyebabkan vaksin itu haram.

“Kita telah buat semakan terhadap vaksin Pfizer dan AstraZeneca dan mendapati tiada apa-apa ramuan yang datang daripada khinzir (babi) sebagaimana yang didakwa,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI