fbpx

Jawatankuasa siasatan ditugas segera kumpul laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE Ka Siong

PUTRAJAYA – Jawatankuasa siasatan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ditugaskan untuk mengumpul semua laporan siasatan dengan segera sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, arahan rasmi untuk melakukan penyiasatan akan disediakan dan ditandatangani pihaknya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010).

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Isham Ishak akan mengetuai jawatankuasa itu yang turut dianggotai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOT, Normah Osman sebagai Timbalan Pengerusi.

Katanya, ahli jawatankuasa lain ialah Setiausaha Bahagian Darat MOT, Wan Mohd. Asraf Wan Saleh; Penasihat Undang-Undang MOT, Azlin Sabtu dan Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Biro Siasatan Kemalangan Udara MOT, Brig. Jeneral Izani Ismail.

“Ketua Pengarah Keretapi, Mohd. Shahriman Shafein pula dilantik sebagai sekretariat,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Ka Siong berkata, tenaga pakar yang dicadangkan sebagai ahli jawatankuasa itu pula ialah Bekas Ketua Bahagian Rel Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Yuslizar Daud dan Maintenance Support Signalling Manager, ERL Maintenance and Services Sdn. Bhd., Anthony Arokianathan.

“Turut menganggotai ialah pensyarah Pusat Kecemerlangan Industri – Rel (ICOE-REL), Institut Kejuruteraan Integrasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof. Madya Dr. Nor Aziati Abdul Hamid dan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Wong Shaw Voon,” katanya.

Katanya, nota Kabinet akan disediakan merangkumi laporan awal mengenai kronologi kejadian, jumlah mangsa yang terlibat, penubuhan petugas, jawatankuasa siasatan serta tindakan susulan termasuk pelan penambahbaikan jangka panjang.

“Segala perihal berkaitan komunikasi awam mengenai penyiasatan akan dikeluarkan sepenuhnya secara rasmi oleh Pejabat Menteri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI