fbpx

Mercun, bunga api bernilai RM2.02 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor melupuskan mercun dan bunga api bernilai RM2.02 juta sejak Ahad hingga Jumaat lalu di Lapang Sasar Batu Anam, Segamat, Johor.

JOHOR BAHRU – Polis Johor melupuskan mercun dan bunga api yang dirampas dalam lapan kes yang dibuat di beberapa daerah dengan nilai keseluruhan kira-kira RM2.02 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pelupusan mercun dan bunga api itu dibuat sejak Ahad sehingga Jumaat ini di Lapang Sasar Batu Anam, Segamat.

Katanya, rampasan mercun dan bunga api ini dibuat sepanjang tahun lalu hingga Februari lalu di beberapa daerah melibatkan lima kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, IPD Iskandar Puteri (1) dan IPD Kluang (2).

“Pelupusan mercun dan bunga api tanpa kebenaran bagi penyimpanan dan jualan ini dibuat setelah selesai siasatan dan pendakwaan serta telah mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah.

“Kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1957.

“Susulan rampasan itu, polis telah membuat tangkapan keseluruhan membabitkan 10 orang lelaki berusia lingkungan 27 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI