fbpx

Mahkamah benar semakan kehakiman MUDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang masih belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik.

Perkara itu dimaklumkan peguam Lim Wei Jiet yang mewakili Syed Saddiq dan 12 individu itu selaku pemohon pada prosiding kes tersebut secara talian di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

“Dalam prosiding hari ini Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah terhadap permohonan yang dikemukakan, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Wei Jiet turut memaklumkan Menteri Dalam Negeri sehingga hari ini masih belum membuat keputusan terhadap permohonan mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jun ini bagi pengurusan kes seterusnya dihadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI