fbpx

74 orang jemaah tabligh masih terkandas di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 74 orang jemaah tabligh rakyat negara ini masih terkandas di India sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pada peringkat awal seramai 189 orang jemaah tabligh berada di negara terbabit semasa PKP mula dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, hasil usaha semua pihak dan bantuan dari kerajaan India, seramai 115 orang jemaah telah berjaya dibawa pulang sehingga hari ini.

“Sehingga hari ini, seramai 74 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang masih terkandas di India. Daripada jumlah itu, 13 orang  di New Delhi masih menunggu pelepasan dan kebenaran pulang daripada kerajaan India.

“Seramai 52 orang pula berada di beberapa wilayah di India dan sedang menjalani proses perundangan dan seramai sembilan lagi jemaah lain masih lagi berada di Kolkata dan menanti prosedur perundangan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, perwakilan Malaysia di India akan terus menyelaras usaha bagi membawa pulang baki jemaah yang masih berada di India secara berperingkat-peringkat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI