fbpx

Pengamal media akan diberi janji temu vaksin dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih 5,000 pengamal media terdiri daripada 144 agensi media berdaftar di negara ini akan diberi tjanji temu vaksin dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sudah menerima sejumlah 5,867 nama petugas media.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, CITF memutuskan supaya mereka (pengamal media) diberi slot janji temu secepat mungkin selepas butiran lanjut diterima.

“Ini (agihan vaksin) adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk melindungi mereka di barisan hadapan dengan mendahulukan guru dan pengamal media,” katanya pada sidang akhbar mingguan CITF, secara dalam talian, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, satu ciri khas akan diperkenalkan di aplikasi MySejahtera akhir minggu ini khusus bagi memudahkan golongan ibu mengandung dan ibu menyusukan bayi mendaftarkan diri bagi slot janji temu vaksin.

Katanya, pihaknya akan memastikan bekalan vaksin akan diperuntukkan kepada golongan berkenaan sebaik pendaftaran dibuat.

“Kerajaan menetapkan hanya vaksin Pfizer disyorkan kepada dua golongan ini,”ujarnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI