PUTRAJAYA – Buat pertama kali, negara merekodkan kes harian mencecah 7,289 kes sekali gus tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 525,889 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan angka tertinggi sebanyak 2,642 kes diikuti oleh Johor sebanyak 664 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 604 kes.
“Seterusnya, Sarawak (513 kes), Kelantan (425 kes), Negeri Sembilan (410 kes), Pulau Pinang (380 kes), Kedah (336 kes), Terengganu (268 kes), Sabah (266 kes), Melaka (258 kes), Perak (218 kes) dan Pahang (211 kes).
“Labuan pula dengan 63 kes, Putrajaya sebanyak 23 kes dan Perlis dengan lapan kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE