fbpx

Zahid didakwa terima arahan daripada Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika hadir perbicaraan pertuduhan rasuah hari keduanya yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kedua mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah menerima arahan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi penyambungan kontrak dan operator tunggal Sistem Visa Luar Negara (VLN) kepada Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB).

Bekas Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) , Azman Azra Abdul Rahman @ Md. Salleh berkata berkata demikian bagi menjawab pemeriksaan balas daripada Peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal berhubung minit tersebut.

Ahmad Zaidi : Adakah minit-minit yang diterima Ahmad Zahid daripada perdana menteri ketika itu adalah berbentuk satu arahan?

Azman: Ya

Ahmad Zaidi: Berdasarkan pada minit itu (minit-minit Najib), Datuk Zahid tidak diberi pilihan, sama ada teruskan atau reconsider?

Azman Azra: Dalam minit itu, tidak ada ayat pilihan.

Terdahulu dalam prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, Azman Azra yang menjawat jawatan itu selama tujuh tahun sejak 2008 ketika membaca kenyataan bertulisnya
memaklumkan Najib telah menghantar tiga minit secara bertulis kepada Ahmad Zahid.

Minit secara bertulis itu selepas UKSB menghantar tiga pucuk surat dalam dalam memohon pertimbangan dan sokongan berterusan daripada kerajaan.

Antara dinyatakan dalam minit bertulis itu adalah “Datuk Seri Zahid, sila bantu dalam hal ini, kontrak ini perlu diteruskan,” dan “syarikat ini sudah dianugerah kontrak E-Visa dan meneruskan pelaksanaan serta E-Visa untuk China boleh dilancarkan pada 1 Januari 2016,”.

“Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 16 Mei lapan tahun lalu telah mempengerusikan mesyuarat pada 26 Julai tahun sama berhubung Sistem Aplikasi di Jabatan Imigresen Malaysia disusuli Mesyuarat Khas berhubung Operator Sehenti (OSC) Permohonan Visa di Negara-negara Asia Selatan dan Myanmar.

“Selain itu, satu perjanjian antara UKSB dan Kerajaan Malaysia dalam pembekalan VLN yang berkuat kuasa selama enam tahun bermula 1 November 2013 hingga 31 Oktober 2019,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI