fbpx

Kumpulan Screen lamar anak Ringgo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOHAM (kanan) bersama bapanya, Ringgo di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

PASIR PUTEH – Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Anak-anak Mohd. Zain Ramli,51, atau lebih popular dengan Ringgo Arrow mewarisi darah seni bapanya yang pastinya berpotensi digilap mewarnai persada seni tanah air.

Mengharungi pandemik Covid-19 mereka masing-masing berlatih dan menyiapkan rakaman video di studio bapanya sebagai bahan untuk disalurkan ke media sosial memenuhi masa terluang kerana perniagan kedai roti canai yang diusahakan kelurga turut terkesan.

Nurfarhan Mohd. Zain (Pa’an), 14, dan adiknya, Nur Syahid, 12, baru selesai menyiapkan video pertandingan nyanyian penyanyi solo anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan.

Manakala, abangnya Nur Muhamad atau lebih dikenali sebagai Noham menyiapkan persembahan solo dengan lagu Tak Suka Tak Apa secara suka-suka membuahkan hasil luar dugaan.

Persembahan Noham yang disalurkan secara ‘live’ mendapat perhatian kumpulan screen untuk dipinang sebagai artis baharu di bawah kumpulan berkenaan.

Tunggak utama kumpulan screen, Radzuan Rasul,47, yang juga pemain gitar utama kumpulan itu berkata, kriteria dari segi suara dan cara penyampaian lagu yang dipersembahkan Noham mimiliki kekuatan untuk diketengahkan.

Bercakap kepada Kosmo!, katanya, satu single bagi album berkumpulan atau solo berkonsepkan akustik gitar akan disiapkan untuk Noham.

“Tengok macam mana keadaan yang ada sekarang untuk pilih mana-mana lagu akustik baru yang saya sedang siapkan. Atau mungkin akan buat satu kumpulan baru untuknya.

“Sekarang ini memang saya ada membawa band baru penyayi solo, cuma nak dapatkan ‘tone’ sama dengan vokalis Screen- Gme memang sukar kecuali ada pada anak Ringgo apabila saya menonton persembahan Noham secara Live di Facebook minggu lepas,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI