fbpx

Isteri ADUN Pengkalan Pasir meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaharah meninggal dunia pada usia 72 tahun di Hospital Pakar KPJ, Kota Bharu pagi tadi.

PASIR MAS – Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad iaitu Datin Zaharah Rosminah Amaluddin disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Perdana, Kota Bharu.

Difahamkan, allahyarhamah sebelum ini menghidap penyakit kanser.

Jenazahnya akan dibawa balik ke rumah di Kampung Kubang Bemban di sini pada pukul 1 petang dan urusan pengebumian akan dilakukan pada pukul 5 petang nanti.

Hasil perkongsian hidup dengan Hanifa, pasangan itu dikurniakan dengan empat cahaya mata.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub menerusi entri di Facebook miliknya menzahirkan ucapan takziah kepada ADUN Pengkalan Pasir itu.

Beliau mendoakan, semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI