fbpx

China dibimbangi cetus wabak maut baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman pintu masuk Institut Virolgi Wuhan di wilayah Hubei, China pada 3 Februari lalu. - Google

BEIJING – China dikhuatiri boleh menjadi pencetus wabak maut baharu dalam tempoh terdekat jika negara berkenaan tidak mengambil pengajaran daripada  penularan pandemik Covid-19 dua tahun lalu, demikian amaran yang dikeluarkan pakar-pakar  kesihatan.

Beijing dituduh cuba merahsiakan asal usul pandemik Covid-19 yang yang dilaporkan  bermula di sebuah pasar basah di bandar raya Wuhan namun tiada bukti kukuh untuk mengesahkannya, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Pakar-pakar  memberi amaran mengenai percambahan berterusan pasar basah di China yang dibimbangi  berisiko mencetuskan wabak baharu.

Dunia sehingga kini berusaha keras memerangi pandemik koronavirus yang terus berleluasa dan membunuh lebih daripada 3.3 juta orang serta mencatatkan  lebih 700,000 kes baharu sehari.

Tekanan semakin meningkat terhadap pimpinan Parti Komunis  untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku  tetapi Beijing sehingga kini menafikan negara berkenaan adalah punca merebaknya Covid-19.

Ahli biokimia Amerika Syarikat, Milton Leitenberg meluahkan kebimbangan bahawa China akan  ‘menularkan’  wabak lain dan pastinya tidak akan berlaku jujur dengan dunia andai ia berlaku sekali lagi.

China secara umumnya dikenali sebagai sebuah negara yang gemar melakukan pelbagai jenis penyelidikan berbahaya dan tidak beretika yang diharamkan di negara-negara Barat.

Sementara teka teki mengenai asal usul Covid-19 masih belum terjawab, para saintis dunia memohon  larangan dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terhadap penyelidikan berisiko.

“Kewujudan dan pertambahan pasar basah di China terus menjadi ancaman kemungkinan wabak baharu tercetus.

“Namun, ancaman  lebih serius adalah hasil penyelidikan bioteknologi berisiko dengan virus patogen dan penciptaan virus chimeric baharu.

“Penyelidikan tidak beretika ini meningkatkan risiko penularan dan kadar kematian yang lebih tinggi terhadap  manusia,” kata saintis Jerman, Dr. Roland Wiesendanger dari University Hamburg pula.

China juga merancang untuk membina tujuh lagi makmal keselamatan tinggi yang serupa dengan Institut Virologi Wuhan (WIV) menjelang  2025  dalam usaha menjadikan negara itu sebagai kuasa besar bioteknologi.

Wiesendanger berkata, saintis China kini giat melakukan eksperimen penelitian fungsi yang melibatkan membuat virus lebih mudah menular kepada manusia dan boleh mewujudkan jangkitan wabak baharu malah berpotensi membawa maut hingga 80 peratus. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI