fbpx

64 individu disahkan cedera susulan pertembungan tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan penumpang LRT yang cedera akibat insiden itu.

PETALING JAYA – Seramai 64 individu disahkan mengalami kecederaan susulan kejadian kemalangan melibatkan dua buah tren Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di ibu negara malam tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kesemua mereka yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan oleh anggota pasukan penyelamat.

Annuar Musa

“Menurut laporan terkini, seramai enam mangsa berada dalam keadaan kritikal dan tiga daripada mereka kini di dalam proses intubasi, 15 semi kritikal manakala 43 lagi tidak kritikal.

“Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang rumusan sendiri berhubung kejadian supaya tidak mengganggu proses penyiasatan yang sedang dilakukan pihak Polis Diraja Malaysia dan Prasarana,” katanya menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter hari ini.

Menurut Annuar, sekurang-kurangnya 218 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan PDRM terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa malam tadi yang mengambil masa kira-kira satu jam.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuklah Pengarah serta semua petugas Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur yang bertungkus-lumus sehingga pukul 1.38 pagi,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan, seramai 213 penumpang tren LRT laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera selepas tren berkenaan brek secara mengejut di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru, Kuala Lumpur.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI