fbpx

MOT tubuh pasukan khas siasat kejadian pertembungan tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 213 penumpang tren LRT laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera dalam kejadian itu.- Gambar fail

PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian pertembungan dua buah tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kejadian tersebut merupakan pertama kali berlaku membabitkan pertembungan dua buah tren sejak 23 tahun lalu.

“Ketua Pengarah MOT akan menghantar laporan awal selewat-lewatnya esok untuk menyiasat kejadian tersebut.

“Kita juga akan menubuhkan satu pasukan khas dan mereka diberi tempoh dua minggu bagi menghantar laporan penuh untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ka Siong ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan rawatan kepada penumpang yang tercedera dalam insiden terbabit.

“Saya bagi pihak kementerian amat bersimpati terhadap insiden yang menimpa penumpang di tren tersebut. Saya melihat sendiri pihak berkuasa bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tercedera.

“Kita akan memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik untuk merawat mereka yang tercedera dan keselamatan mereka merupakan keutamaan kita,” ujarnya.

Tambahnya, insiden pertembungan terbabit seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

“Kita juga akan berbincang dengan pihak insurans berhubung kejadian ini bagi memastikan kebajikan penumpang yang tercedera terbela.

“Saya juga menyarankan agar orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam lain seperti bas untuk ke tempat kerja sementara pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melakukan menjalankan kerja-kerja pembaikan,” katanya. – K ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI