fbpx

PM arah MOT, Prasarana siasat kemalangan tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 47 parah manakala 166 penumpang lagi cedera ringan selepas tren dinaiki bertembung, sebentar tadi.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk melakukan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kemalangan melibatkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru di Kuala Lumpur, petang tadi.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook, Muhyiddin berkata, beliau memandang serius kejadian malang itu dan mahu tindakan yang tegas diambil dengan segera.

“Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

“Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau juga ingin memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan negara juga berada dalam gelombang pandemik Covid-19 yang sedang meningkat naik.

“Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudahkan dan penumpang terlibat selamat manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan sudah berada di lokasi kejadian bagi meninjau situasi sebenar dan dijangka akan mengadakan sidang akhbar bersama pihak Prasarana.

Terdahulu, Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan dua buah tren LRT Laluan Kelana Jaya bertembung mengakibatkan beberapa penumpang mengalami kecederaan kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI