fbpx

Tidak mahu diterkam ‘Mamat’, jangan dekati kawasan lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota Perhilitan memasang papan tanda larang memasuki bekas lombong yang dihuni seekor buaya tembaga di Kampung Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Bekas lombong yang menjadi habitat buaya tembaga digelar ‘Mamat’ di Kampung Tepoh di sini kini diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusuf berkata, orang awam dilarang mendekati bekas lombong itu sehinggalah ‘Mamat’ berjaya ditangkap.

“Kami terpaksa memohon bantuan pihak polis bagi memastikan usaha untuk menangkap buaya tembaga terbabit tidak diganggu.

“Sebelum ini, usaha untuk menangkap ‘Mamat’ pada empat tahun lalu gagal setelah disabotaj apabila perangkap yang dipasang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti motif perangkap itu dirosakkan namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak yang taksub dengan kehadiran buaya di bekas lombong berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihak tidak mahu insiden empat tahun lalu berulang dan berharap buaya tembaga yang kini sudah membesar sehingga hampir 100 kilogram itu berjaya ditangkap.

“Saya benar-benar berharap orang ramai menghindari bekas lombong itu bagi memastikan usaha menangkap buaya tembaga berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan penduduk Kampung Tepoh di sini gempar apabila seekor buaya tembaga digelar ‘Mamat’ yang menghilang sejak empat tahun lalu muncul semula di sebuah bekas lombong dengan fizikal lebih besar dan kelihatan ganas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI