fbpx

Rahmat bersemangat untuk beraksi pada Piala AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAT (dua dari kanan) sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulung pada saingan Piala AFC penghujung bulan depan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

SEMANGAT pemain sayap Terengganu FC (TFC), Rahmat Makasuf semakin membara untuk membuat penampilan sulung pada saingan Piala AFC hujung bulan depan.

Tonggak sayap TFC itu berkata, beraksi di pentas kedua berprestij Asia dan bersaing dengan pemain antarabangsa itu merupakan peluang yang tidak mahu dilepaskan.

Menurut Rahmat, 24, penularan pandemik Covid-19 juga boleh dielakkan dengan suntikan vaksin yang telah diterima skuad TFC kelmarin sekali gus menambah keyakinannya menghadapi saingan di Singapura itu.

“Kita sedia maklum, Piala AFC membariskan wakil terbaik benua Asia dan pasukan bertanding adalah terbaik daripada negara masing-masing.

“TFC juga tidak kurang hebatnya dan saya harap dapat membantu pasukan melangkah lebih jauh pada kejohanan ini,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, skuad TFC dan TFC II bakal memulakan latihan secara berpusat setelah diberikan lampu hijau oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bermula esok.

Pasukan Liga Super dan Liga Premier itu mula berkampung di Scout Inn, Kuala Nerus, Terengganu semalam sebagai prosedur operasi standard (SOP) untuk berlatih dalam gelembung sukan.

Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn. Bhd., Mohd. Sabri Abas berkata, pemain-pemain diingatkan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelak sebarang kejadian buruk.

“Mereka juga tidak dibenarkan keluar dari kem latihan kecuali kecemasan dan dimaklumkan kepada pihak pengurusan. Kita telah sediakan jadual lengkap dan akan dikemaskini bergantung kepada situasi semasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI