fbpx

KDN arah semua jabatan, agensi tingkat operasi sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan semua jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawahnya supaya meningkatkan bilangan operasi dan pemantauan bermula esok.

KDN menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, arahan itu dikeluarkan susulan keputusan kerajaan memperketatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, ia membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Semua jabatan dan agensi itu diarahkan untuk meningkatkan bilangan operasi pemantauan, memberi amaran dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar SOP yang telah diwartakan.

“Selain daripada menambahkan bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya (SJR) di lapangan, pemantauan juga akan dijalankan di seluruh negara.

“Ia termasuk di premis perniagaan dan industri, bangunan pejabat dan kawasan kediaman serta terminal dan stesen pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL monorail ataupun melalui perkhidmatan e-hailing,” ujarnya.

Tambahnya, KDN menyeru semua pihak agar terus mematuhi SOP yang diputuskan sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memberikan kerjasama jitu terhadap segala usaha dan langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat daripada ancaman pandemik Covid-19.

Menurutnya lagi, seramai 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi KDN terbabit dalam penugasan Covid-19 sejak PKP dilaksanakan sehingga kini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI