fbpx

Leclerc terus kecewa tawan Litar Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC gagal menyertai perlumbaan GP Monaco biarpun berjaya meraih petak utama ekoran jenteranya mengalami kerosakan. – AFP

MONTE CARLO – Pemandu Ferrari, Charles Leclerc terpaksa menelan kekecewaannya pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Monaco apabila masalah mekanikal menghalangnya untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

Leclerc dilihat berpeluang untuk meraih kemenangan di Monaco apabila menempah petak pertama, namun pada sesi kelayakan dia mengalami kemala­ngan apabila jentera Ferrari SF21 yang dipacunya itu menghentam penghadang litar.

Keadaan tersebut membuat pasukan Ferrari cemas ekoran kemungkinan berlaku kerosakan pada kotak gear dan bakal kehilangan posisi petak pertama di Monaco.

Namun, selepas melakukan pemeriksaan, kotak gear Leclerc tidak mengalami kerosakan dan bersedia untuk memulakan perlumbaan.

Drama berlanjutan apabila Ferrari mengesahkan jentera Leclerc berdepan masalah driveshaft ketika saingan hampir bermula dan mereka tidak mempu­nyai masa yang cukup untuk memperbaikinya.

“Saya akui sangat sedih dan sukar untuk menerimanya. Sebelum ini pasukan telah memeriksa keseluruhan pada jentera. Saya telah menguji jentera dan semua dalam keadaan baik.

“Ketika menuju ke terowong saya dapat rasakan terdapat masalah pada bahagian kiri jentera dan bukanlah kotak gear tetapi masalah lain pula yang timbul.

“Monaco adalah trek kegemaran saya dan ia adalah perlumbaan istimewa kerana berlumba di laman sendiri. Saya belum pernah menamatkan saingan di sini dan sudah pasti saya sangat kecewa dengan keadaan ini,” katanya.

Meskipun gagal meneruskan perlumbaan, setidak-tidaknya Leclerc berbangga apabila Fe­rrari kembali kompetitif apabila rakan sepasukannya, Carlos Sainz menamatkan saingan di kedudukan kedua dan pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen menjuarai saingan tersebut.

Justeru, Leclerc berharap masalah yang menimpanya di Monaco tidak berulang menjelang saingan Grand Prix Azerbaijan yang berlangsung pada 6 Jun nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI