fbpx

Pemandu e-hailing maut jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat kira-kira pukul 4 petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu e-hailing ditemui mati selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat sini, hari ini.

Mangsa, lelaki berusia 56 tahun dipercayai terjun ke dalam laut selepas meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam keadaan enjin dimatikan kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengurusan jambatan itu yang memaklumkan terdapat sebuah kenderaan ditinggalkan di tepi jambatan.

“Siasatan mendapati kenderaan yang dipandu mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu milik anak saudaranya.

“Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan polis marin, bomba dan Maritim Malaysia dengan kekuatan empat bot. Mayat mangsa ditemui pukul 4 petang,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI