fbpx

Sembilan aduan majikan larang BDR diterima KSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima sembilan aduan berhubung majikan yang tidak membenarkan pekerja untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) setakat hari ini.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, aduan itu diterima susulan penambahbaikan aplikasi Working for Workers (WFW) dengan memperkenalkan satu kategori baharu iaitu ‘Majikan tidak benarkan BDR’ yang dimulakan semalam.

Beliau berkata, kementerian menerusi jabatan-jabatan berkaitan di bawahnya akan menjalankan siasatan di bawah akta-akta yang berkaitan.

Menurutnya, maklumat siasatan itu akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.

“Siasatan akan dibuat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mengenai aplikasi WFW, Saravanan berkata, sehingga kini, kategori ‘Majikan tidak benarkan BDR’ diwujudkan mengambil kira pengumuman kerajaan yang menetapkan 40 peratus pekerja sektor swasta dikehendaki bekerja dari rumah berkuat kuasa esok bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, mana-mana pekerja yang dipaksa oleh majikan untuk hadir ke pejabat dan bercanggah dengan sekatan tambahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diminta membuat aduan melalui aplikasi WFW ini.

“Langkah untuk mewujudkan kategori baharu ini secara dalam talian adalah inisiatif KSM untuk mengurangkan pergerakan dan kehadiran secara fizikal pekerja yang ingin membuat aduan di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja,” katanya.

Sementara itu, Saravanan berkata, WFW telah merekodkan sebanyak 178 aduan setakat ini dan daripada jumlah tersebut, 105 aduan adalah oleh pekerja tempatan manakala selebihnya pekerja asing. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI