fbpx

BBP Covid-19 berjumlah RM7.8 juta disalur untuk rakyat Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy.

KUANTAN – Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM7.8 juta melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 untuk disalurkan kepada rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat Pahang akan menerima pengagihan BPP Covid-19 ini yang dilaksanakan secara bersasar.

“Peruntukan besar disediakan ini sebagai tanda mengambil kisah dan mengambil berat kerajaan negeri terhadap kemasalahan rakyat, apatah lagi dalam keadaan sekarang yang menghadapi tempoh sukar.

“Bantuan ini juga disediakan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri ketika ini.

“Sama seperti inisiatif bantuan diberikan sebelum ini, BPP Covid-19 masih lagi disalurkan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jelasnya, persediaan untuk mengagihkan BPP sedang giat dilakukan dan dijangka dapat diuruskan secepat mungkin.

Jelasnya, antara golongan yang akan mendapat manfaat ialah petugas barisan hadapan, penjaja harian, pemandu teksi, miskin tegar, gelandangan dan orang kurang upaya (OKU).

“Namun begitu, turut diutamakan juga adalah pesakit Covid-19 yang aktif, termasuk mangsa yang menjalani kuarantin di rumah dan warga emas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusia 80 tahun ke atas.

“Saya harap pengagihan BPP Covid-19 secara bersasar ini dapat dilaksanakan secepat mungkin agar penerima dapat memanfaatkannya dalam kadar yang segera,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI