fbpx

11 premis bookie lumba kuda digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan yang dirampas semasa operasi perjudian haram di daerah Seberang Perai Utara semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 11 premis dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian bookie lumba kuda di sekitar daerah ini diserbu polis semalam.

Operasi membabitkan 48 pegawai dan anggota polis selama lima jam berakhir pukul 5.15 petang itu menyasarkan beberapa premis di Butterworth, Mak Mandin dan Sungai Dua.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pada serbuan itu, pihaknya menahan 12 individu berusia 17 hingga 69 tahun termasuk tiga wanita.

“Mereka disyaki terlibat dengan kes judi loteri awam haram tanpa lesen dan pertaruhan bookie lumba kuda di 11 buah premis berbeza.

“Polis merampas beberapa alatan seperti slip kertas tercatit angka-angka disyaki judi loteri awam haram dan pertaruhan lumba kuda, pencetak mini, telefon bimbit, alat tulis, wang tunai serta sehelai akhbar bahasa Cina tertera jadual pertaruhan perlumbaan kuda,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI