fbpx

Tiada ‘double-standard’, lima VIP, artis disiasat langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Polis negeri mendedahkan telah membuka lima kertas siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membabitkan golongan kenamaan (VIP) termasuk ahli politik dan artis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kesemua siasatan itu dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Sejak awal Januari lalu sehingga bulan ini, pasukan polis telah membuka 18 kertas siasatan melibatkan pelanggaran SOP PKP3.0.

“Lima daripadanya melibatkan golongan VIP dan artis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan siasatan secara menyeluruh, sekali gus menolak dakwaan wujudnya double-standard dalam penguatkuasaan.

“Sekiranya individu terbabit dipercayai telah melanggar undang-undang ditetapkan, tidak kiralah sama ada artis atau golongan VIP, siasatan akan tetap dijalankan.

“Dakwaan berlaku senario dauble-standard sama sekali tidak berlaku kerana kita menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

Ujarnya, sehubungan itu pihaknya menyeru kepada orang ramai agar menyalurkan terus sebarang maklumat berkaitan perlanggaran SOP PKP melalui talian 06-2854156 atau Hotline 06-2851999 atau WhatsApp 012-2244999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI