fbpx

19 warga asing didakwa rentas batu halangan dan kawat duri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pekerja warga asing yang didakwa di Kompleks Mahkamah Seremban, Seremban 2 hari ini. Foto oleh MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

SEREMBAN – Seramai 19 orang pekerja warga asing didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas kesalahan merentasi batu halangan (barrier) dan kawat duri yang diletakkan oleh pihak berkuasa pada 16 Mei lalu.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 42 tahun itu dituduh di dua mahkamah berasingan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof dan Norzaliza Tesmin.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohon jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi dan Nurul Muhaimin Mohd. Azman.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 seorang dikenakan kepada semua tertuduh dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia.

Mahkamah turut menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa dipanggil

Pasport kesemua tertuduh turut ditahan dan disimpan oleh mahkamah sehingga kes tersebut selesai.

Bagi pertuduhan pertama, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 manakala bagi pertuduhan kedua boleh dipenjaran tidak lebih satu tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kesemua 19 orang warganegara asing itu yang datang dari arah Bukit Mahkota, Bangi telah ditahan kerana merentasi batu halangan (barrier) serta kawad duri yang diletakkan pihak berkuasa pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, mereka ditahan susulan Ops Pematuhan Covid-19 yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di lokasi Arab Malaysian-Bukit Mahkota iaitu kawasan persempadanan pentadbiran IPD Nilai dan IPD Kajang.

Tujuan halangan bagi mengelakkan aktiviti rentas daerah dan negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi daerah bersempadan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI