fbpx

Polis nafi Nur Sajat ada di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor menafikan Nur Sajat berada di Johor Bahru selepas pemeriksaan dilakukan ke atas premis yang didakwa keberadaan usahawan kosmetik tersebut semalam.

JOHOR BAHRU – Polis menafikan dakwaan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, bersembunyi di daerah ini sepertimana kejadian tular di laman sosial sejak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, polis telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis di pusat perniagaan di Bandar Baru Uda serta di kondominium mewah di Danga Bay, di sini semalam.

“Selepas kita buat pemeriksaan dia (Nur Sajat) tak ada pun dekat premis yang didakwa itu, saya harap netizen jangan layan sangat isu seperti ini, polis banyak lagi kerja lain yang lebih penting berbanding isu Sajat ini, lebih-lebih lagi ketika berdepan isu Covid-19.

“Kalau betul-betul nampak depan mata, barulah maklumkan kepada pihak polis. Jika tidak, tak perlulah membuat cerita yang akhirnya membuang masa polis untuk menyiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Nur Sajat yang diburu polis didakwa kini berada di bandar raya ini berdasarkan gambar yang dikongsikan dia di laman Instagram pada Sabtu lalu yang memaparkan lokasinya berada iaitu di pusat komersial Bandar Baru Uda, di sini.

Keberadaan Nur Sajat di Johor Bahru turut menjadi tular dalam Facebook.

Seorang netizen mendakwa, usahawan kontroversi itu dipercayai menetap di salah sebuah kondominium mewah di bandar raya ini bersama pekerjanya.

Menurut netizen tersebut, dakwaan itu disusuli hasil pemerhatian terhadap latar belakang video Tik Tok Nur Sajat yang menyamai reka bentuk kondominium mewah berkenaan.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara berkata, Nur Sajat dipercayai berada di luar negara.

Nur Sajat bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI