fbpx

Neelofa selesai beri keterangan di IPD Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Neelofa bersama suaminya, Muhammad Haris ketika tiba di pekarangan IPD Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor selesai memberi keterangan hampir satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini hari ini berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Noor Neelofaa yang berpakaian baju berwarna kuning tiba di pekarangan IPD Seremban pada pukul 10.15 pagi dengan menaiki kereta BMW dan ditemani suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail.

Difahamkan, Noor Neelofa turut diiringi dua orang pengawal peribadi bersama dua orang peguam ketika hadir memberi keterangan sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, keterangan Noor Neelofa diambil bermula pukul 10.20 pagi dan selesai lebih kurang pukul 11.30 pagi.

“Sepanjang proses siasatan dijalankan penama Noor Neelofa memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Said berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Mohd. Said turut mengesahkan bahawa Noor Neelifa memakai pelitup muka mengikut SOP yang ditetapkan KKM ketika hadir memberi keterangan di IPD Seremban.

Sementara itu, Noor Neelofa ketika ditemui sejurus selesai memberi keterangan memberitahu, beliau telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

“Kami beri kerjasama yang sepenuhnya (kepada pihak polis),” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Noor Neelofa pada 21 Mei lalu (Jumaat) susulan terkesan berita di laman sesawang ‘Kosmo Online’ yang tular di mana selebriti itu hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban pada 20 Mei lalu (Khamis) dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.

Laporan polis diterima kerana tindakan Noor Neelofa tidak mematuhi SOP pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI