fbpx

Bicara 1MDB tangguh, Najib cuti sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Muhammad Shafee keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas kes ditangguhkan berikutam Najib cuti sakit.

KUALA LUMPUR  – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya berjalan hari ini, ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri itu cuti sakit (MC) selepas menjalani pembedahan mata minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Menurut Muhammad Shafee, anak guamnya menjalani pembedahan mata pada Khamis lalu (20 Mei) kerana hematoma (bengkak di mata) dan sepatutnya pulih semalam.

“Namun keadaan terjadi sebaliknya, namun sekarang proses pemulihan. Beliau mempunyai surat cuti sakit (MC) selama tujuh hari. Kita harap pulih dan boleh sambung perbicaraan kemungkinan esok atau Khamis memandangkan Rabu adalah cuti umum Hari Wesak,” katanya.

Selepas mendengar sebab ketidakhadiran Najib, hakim Collin kemudian menetapkan penangguhan prosiding dan ia akan disambung esok.

“Kita cuba esok bagaimana, tetapi prosiding hari ini ditangguhkan,” katanya.

Terdahulu pada hari ini ditetapkan perbicaraan bagi pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10 Mohd. Hazem Abdul Rahman, 49, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB oleh peguam bela, Wan Aizuddin Wan Muhammed.

Najib, 67, didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.28 bilion kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI