fbpx

16 jenazah diuruskan semalam, tertinggi sejak lebih setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Sumber Facebook KKM.

PUTRAJAYA – Semalam adalah hari yang paling sibuk bagi pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ini kerana, pasukan itu terpaksa menguruskan 16 jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 iaitu yang tertinggi sejak mengendalikan tugas berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Perkara itu dikongsi Jawi menerusi ciapan di Twitter rasminya, @myJAWIKL, hari ini.

“Semalam, 16 lagi jenazah berkaitan Covid-19 telah diuruskan oleh pasukan kami.

“Angka tertinggi sejak pasukan kami menggalas tanggungjawab ini lebih setahun yang lalu.

“Semoga Allah S.W.T permudahkan urusan kita semua mengharungi pertarungan ini bersama,” katanya.

Setakat semalam, Jakim dan Jawi sudah mengendalikan lebih 363 jenazah yang meninggal akibat Covid-19 membabitkan tiga Wilayah Persekutuan itu.

Kebanyakan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di bawah seliaan Jawi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI