fbpx

Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM dibatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan permohonan habeas corpus dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memutuskan demikian selepas peguam Latheefa Koya yang mewakili kedua-dua pegawai itu memaklumkan mereka telah dibebaskan pada 18 Mei lalu.

Mereka yang berjawatan Penguasa dan Penolong Penguasa masing-masing ditahan pada 21 dan 27 April lalu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersabit dengan Ops Pelican 3.0 ketika berada di Ibu pejabat SPRM.

Minggu lalu, seorang lagi peguam yang mewakili mereka, Zaid Malek memberitahu pemohon-pemohon dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatan berhubung kes tersebut dan mereka boleh didakwa sekiranya pendakwa raya mempunyai bukti yang cukup.

Sehubungan itu, Latheefa memaklumkan pihak pemohon menarik balik permohonan habeas corpus tersebut.  Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.

Dalam pada itu, Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Sinti memberitahu mahkamah pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI