fbpx

Padah buat provokasi kepada polis, lelaki dikompaun RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada seorang lelaki kerana tidak memakai pelitup muka di Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki dalam rakaman video tular yang dilihat cuba melakukan provokasi terhadap seorang pegawai polis dalam kejadian di Kampung Muhibbah di sini kelmarin, dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam.

Katanya, selain tidak memakai pelitup muka, lelaki itu juga tidak mendaftar MySejahtera dan melakukan imbasan suhu ketika masuk ke premis berkenaan.

“Tindakan lelaki itu dikesan semasa pasukan pemantau SOP diketuai Ketua Polis Balai Sungai Siput Utara, Inspektor Abdul Wahed Hamid sedang melakukan pemantauan di kawasan tersebut.

“Pihak polis telah memberi teguran dan nasihat kepada lelaki itu namun dia bukan sahaja tidak memperdulikannya malah mempersoalkan tugas mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Khaizam berkata, selain lelaki itu, pemilik premis juga dikenakan kompaun RM1,500 kerana membenarkan individu masuk ke dalam premis tanpa mematuhi SOP.

Katanya, semasa kompaun dikeluarkan, lelaki itu juga cuba melakukan provokasi terhadap Abdul Wahed dengan membuat rakaman video namun tidak diendahkan oleh pegawai terbabit.

“Bila dia buat rakaman video, bagi saya ia bagus kerana dia sendiri mengaku kesalahan yang dilakukannya dan beritahu jika langgar SOP, maka polis akan ambil tindakan tegas.

“Jadi, saya nasihatkan orang ramai untuk mematuhi SOP yang digariskan semasa berada di tempat awam di mana pihak polis sama sekali tidak berkompromi bagi apa juga kesalahan pelanggaran SOP ketika ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dua rakaman video masing-masing berdurasi dua minit 34 saat dan satu minit 49 saat yang dirakam seorang lelaki sambil melakukan provokasi terhadap seorang pegawai polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI