fbpx

Marco tipu peminat kononnya dilamun cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCO

PENYANYI Marco tampil membuat permohonan maaf kepada peminat gara-gara tindakannya menipu dengan menafikan khabar angin kononnya sedang menjalin cinta dengan anggota kumpulan Momoland, Hyebin.

Dia menafikan dakwaan tersebut pada 16 Mei lalu ketika muncul dalam satu ruang sembang atau ‘chatroom’ bersama peminat.

Tiba-tiba, sehari kemudian (17 Mei), tular berita mengenai Hyebin dan Marco yang mendedahkan mereka sebenarnya sedang menjalin hubungan cinta.

Sedar atas kesilapan yang dilakukan, Marco menerusi Instagram membuat permohonan maaf dan mendakwa penipuannya dibuat bagi menenangkan peminat.

“Saya minta maaf kerana mengecewakan banyak pihak. Saya bersalah kerana menggunakan penipuan untuk menenangkan kalian.

“Saya enggan menyakiti hati sesiapa, sebab itu saya menipu. Sekarang saya cuma mampu meminta maaf atas tindakan ini,” katanya.

Meskipun permohonan maaf tersebut tidak dapat memadam rasa sakit dan pengkhianatan yang dirasakan peminat, Marco tetap menyesali perbuatannya.

“Saya akan bekerja lebih keras dan tidak akan mengecewakan kalian lagi selepas ini. Saya juga tidak akan lupa dengan kritikan atas tindakan saya yang tidak matang ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI