fbpx

Polis siasat isu Nilai 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto tular memaparkan kenyataan yang didakwa boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.

Pihak polis menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam negeri Selangor.

Hari ini tular di media sosial apabila netizen mendakwa kononnya Nilai 3 berada di bawah negeri Selangor dan bukan di bawah pentadbiran Negeri Sembilan sebagai ‘bahan sindiran’ untuk mempersoalkan tindakan selebriti Noor Neelofa Mohd. Noor yang merentas daerah ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu tetapi tidak dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, sehubungan itu polis telah memulakan satu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook N9 Radar yang boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.

“Pihak polis menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam negeri Selangor.

“Pemilik akaun Facebook N9 Radar dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan (berhubung kenyataan dalam Facebooknya),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilik akaun Facebook N9 Radar itu didapati membuat hantaran yang memaparkan satu gambar dengan mesej ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor Darul Ehsan’.

Jelas Mohd. Fazley, siasatan terhadap kenyataan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkajan perkhidmatan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI