fbpx

Lewandowski pecah rekod 49 tahun Muller

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI berjaya memecahkan rekod Muller selepas meledak gol pada penghujung perlawanan ketika menentang Augsburg kelmarin. – AFP

MUNICH – Penyerang utama Bayern Munich, Robert Lewandowski mengakui seperti tidak percaya apabila berjaya memecahkan rekod 49 tahun milik legenda Jerman,

Gerd Mueller untuk muncul penjaring terbanyak semusim sepanjang zaman selepas meledak gol ke-41 pada aksi terakhir Bundesliga kelmarin.

Pada aksi tersebut, Lewandowski telah mensia-siakan banyak peluang keemasan sebelum berjaya menjaringkan gol keramat pada minit-90 sekali gus menghadiahkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas pasukan Augsburg.

Kata Lewandowski, tuah ternyata memihak kepadanya untuk memecahkan rekod Muel­ler 40 gol semusim yang dilakukan pada musim 1971/72 dan apa yang dilaluinya tidak ubah seperti aksi dalam babak filem sains fiksyen.

“Saya mencuba untuk tempoh 90 minit bagi menjaringkan gol tetapi gagal berbuat demikian sebelum rezeki memihak kepada saya pada minit terakhir perlawanan. Secara jujur, saya tidak tahu untuk meraikan bagaimana kerana kehilangan kata-kata kerana apa yang dialami se­perti di dalam filem,” katanya.

Pada aksi itu juga, Bayern turut mengucapkan selamat tinggal kepada empat individu penting seperti ketua jurulatih, Hansi Flick dan tiga bintang utama, David Alaba, Javi Martinez dan Jerome Boateng yang akan berhijrah selepas kontrak tamat musim ini.

Flick mengakui sangat puas selepas berjaya menghadiahkan trofi Bundesliga kesembilan berturut-turut buat pasukan dan mengucapkan selamat maju jaya buat anak-anak buahnya yang bakal mendapat ‘bos’ baharu dengan kehadiran Julien Nagelsmann musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI