fbpx

Rashford tidak tolak ke Real, Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya di United kerana mahu fokus untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama di Old Trafford. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford tidak menolak kemungkinan sedia meninggalkan pasukan itu dengan mencari angin baharu di luar England pada masa depan.

Rashford, 23, dikatakan berminat untuk merasai pengalaman baharu beraksi dalam saingan La Liga selain mendedahkan keterujaannya jika mendapat peluang mewakili dua gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

Bagaimanapun, urusan perpindahan itu dijangka tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat kerana bintang skuad antarabangsa England tersebut masih mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga 2023.

“Saya tidak sesekali menolak peluang untuk beraksi dalam saingan liga di negara lain. Selain United, saya adalah peminat setia Real dan Barcelona.

“Saya sama seperti semua orang yang menonton perlawanan Real dan Barcelona. Mereka mempunyai pemain-pemain hebat dengan corak permainan bola sepak yang menarik dan menghiburkan,” kata Rashford.

Difahamkan, Rashford yang men­dapat pengiktirafan pingat Most Excellent Order daripada kerajaan Great Britain atas usaha politiknya di luar padang, dikatakan sedang berusaha mempelajari bahasa Sepanyol dan Itali ketika ini.

Bagaimanapun, Rashford ti­dak begitu terdesak untuk meninggalkan The Red Devils yang kini menikmati kempen cemerlang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada tempat kedua selain mara ke final Liga Europa musim ini.

Sebagai rekod, Rashford yang sudah meledak 88 gol dalam 270 penampilan bersama United sejak 2015, berpeluang menamatkan penantian empat tahun menjulang trofi jika menewaskan Villarreal pada final Liga Europa, 26 Mei ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN