fbpx

Perak salur RM2.38 juta bantu rakyat terkesan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani

IPOH – Kerajaan negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM2.38 juta untuk disalurkan bagi membantu rakyat khususnya golongan B40 yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di empat buah mukim di negeri ini.

Sebanyak RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD iaitu RM400,000 untuk Kinta dan Larut Matang dan Selama manakala RM200,000 untuk Hulu Perak dan Muallim.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, peruntukan sebanyak RM20,000 pula disalurkan kepada kesemua 59 pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melibatkan peruntukan kira-kira RM1.18 juta.

Menurut beliau, peruntukan tersebut bagi memudahkan setiap wakil rakyat menjalankan pengurusan menangani Covid-19 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Bagi pihak PDT pula, mereka perlu memberi keutamaan bagi menyalurkan bantuan kotak makanan kepada penduduk golongan miskin dan B40 yang terkesan terutama mereka yang terputus mata pencarian ekoran pelaksanaan PKPD.

“Kita mahu pihak PDT mengenal pasti perkara ini agar tiada rakyat yang keciciran daripada dibantu manakala nilai barang-barang dan cara agihan ditentukan oleh PDT masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas Saarani, walaupun prosedur operasi standard (SOP) PKPD kali ini lebih longgar, namun semua PDT serta agensi berkaitan perlu membuat pemantauan bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat dibantu.

PDT terlibat juga dibenarkan menggunakan peruntukan tersebut bagi keperluan lain berkaitan pengurusan Covid-19 termasuk membeli ubat-ubatan sekiranya terdapat lebihan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI