PETALING JAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kerjasama dengan Persatu Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk menjadikan Kompleks MAB sebagai Pusat Pemberian Vaksin.
Menurut makluman di laman Twitter @JKJAVMY berkata, pusat itu akan menyediakan perkhidmatan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di Lembah Klang.
“Kerjasama ini akan memberikan kemudahan dan pengalaman Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang diperkemas khusus untuk OKU penglihatan.
“Pendaftaran kini dibuka sehingga pukul 3.30 petang 31 Mei 2021,” katanya.
Penerima vaksin boleh menghubungi MAB di talian 03-2272 677 dari pukul 9 pagi hingga 3.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 9 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Jumaat. – K! ONLINE