BEAUFORT – Bilangan penduduk terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 5,037 orang melibatkan 1,256 keluarga petang ini.
Setakat pukul 4 petang tadi, jumlah terbabit membabitkan 40 pusat pemindahan sementara (PPS) untuk daerah Tenom dan Beaufort.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata statistik berkenaan bertambah berbanding 4,832 orang mangsa daripada 1,326 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.
“Tenom terus menjadi daerah paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS ketika ini.
“Seramai 4,427 mangsa melibatkan 1,256 keluarga kini masih ditempatkan di 36 PPS seluruh daerah.
“Daerah Beaufort pula mencatatkan bilangan 610 orang penduduk dipindahkan ke empat PPS dengan jumlah keluarga sebanyak 156 (KIR),” katanya. -K! ONLINE