fbpx

Program khidmat negara ‘kuruskan’ lelaki obesiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elly Zulkarnaen berjaya membuktikan dia mampu menjadi seorang lelaki yang berbeza setelah tamat latihan khidmat negara dengan kehilangan berat badan sebanyak 80kg. – Facebook Elly Zulkarnaen/Mothership

SINGAPURA – Seorang pelatih program khidmat negara di Singapura menjadi perhatian netizen selepas berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 80 kilogram (kg) dalam tempoh sembilan bulan, lapor portal Mothership hari ini.

Remaja tersebut, Elly Zulkarnaen Jufri, dalam satu perkongsian di Facebook berkata, kursus latihan yang disifatkannya sebagai ‘satu perjalanan roller-coaster yang dahsyat’ itu berjaya mengubah dirinya berbanding ketika waktu permulaan kursus.

“Selepas menamatkan penggal vokasional pada Disember tahun lepas, saya berjanji kepada diri bahawa saya akan menjadi lelaki yang berbeza menjelang tamat Kursus Kadet Pakar (SCC).

“Hari ini, saya gembira kerana akhirnya berjumpa jalan benar untuk menjadi orang yang lebih sihat dengan kehilangan berat badan sebanyak 80kg,” tulisnya dalam hantarannya.

Elly Zulkarnaen menamatkan latihannya daripada SCC pada 17 Mei baru-baru ini.

Dia juga merupakan salah seorang pelatih yang menerima Anugerah Siswazah Kehormat, satu daripada pencapaian tertinggi yang diberikan dalam perkhidmatan tersebut. 

SCC merupakan sebuah kursus selama 22 minggu yang mewajibkan pelatihnya untuk menjalani penggal asas, profesional serta senjata yang digabungkan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI