fbpx

Kes pecah rekod lagi, catat 6,976

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 hari ini memecah rekod kes tiga hari lalu selepas mencatat angka 6,976 sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 512,091.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,235 kes diikuti Sarawak (663 kes) dan Kelantan (626 kes).

“Selain itu, Johor (549 kes), Kuala Lumpur (447 kes), Negeri Sembilan (434 kes), Kedah (422 kes), Pulau Pinang (372 kes), Perak (279 kes),
Terengganu (266 kes), Pahang (263 kes), Melaka (209 kes) dan Sabah (136 kes)

“Putrajaya pula dengan 30 kes manakala, Labuan merekodkan 37 kes baharu dan Perlis sebanyak lapan kes,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI