PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menyangkal dakwaan tular yang menyatakan semua kakitangannya akan bekerja dari rumah bermula esok.
Pos Malaysia melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, pihaknya menafikan dakwaan tersebut yang dipercayai direka oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Kenyataan ini adalah palsu. Kami menafikan mesej palsu ini yang jelas mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan.
“Orang ramai diminta untuk tidak menghebahkan dakwaan palsu ini,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, hantaran tersebut tular di laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp. – K! ONLINE