fbpx

Tempahan vaksin AstraZeneca 2.0 menggalakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan slot vaksin AstraZeneca yang masih boleh didaftar.

PETALING JAYA – Tempahan vaksin AstraZeneca 2.0 untuk warga emas yang dibuka bermula pukul 12 tengah hari, hari ini mendapat sambutan menggalakkan.

Tinjauan Kosmo! di laman Twitter mendapati, rata-rata pelayar Twitter memaklumkan kurang daripada satu jam dibuka, hampir semua slot tempahan vaksin telah penuh.

Kebanyakan komen di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAVMY) pula menunjukkan ramai anak muda membantu ibu bapa mereka menempah vaksin tersebut.

“Selepas 30 minit dan menggunakan tiga buah komputer riba, akhirnya berjaya mendaftar vaksin untuk ibu. Rasanya warga emas boleh daftar sendiri tanpa bantuan anak?,” kata seorang pelayar Twitter, @AdibahMutalib.

Katanya, dia juga berharap pendaftaran vaksin ditambah baik untuk warga emas yang kurang mahir menggunakan teknologi.

Seorang lagi pengguna Twitter @ezypepper pula berkata, dia bersyukur berjaya menempah vaksin untuk ibu bapanya.

“Semoga ibu bapa kita sihat hendaknya selepas ini. Syukur ada peluang seperti ini,” katanya.

Tempahan vaksin AstraZeneca kali ini melibatkan lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di lima buah negeri.

Antara lokasi PPVAZ yang disenaraikan ialah Setia SPICE Convention Centre di Pulau Pinang, Persada Johor International Convention Center (Johor Bahru), Borneo Convention Center Kuching dan Kemahiran Belia Negara Miri (Sarawak).

Sementara di Selangor pula, lokasi yang ditetapkan sebagai PPVVAZ ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Ideal Convention Centre (Shah Alam) manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia akan dilaksanakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI