fbpx

Netizen hentam pihak mahu bawa anak ke pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen netizen di laman Facebook.

PETALING JAYA – Pertanyaan sama ada kanak-kanak boleh dibawa masuk ke pusat beli-belah sentiasa menjadi persoalan yang ditanyakan pengguna media sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa laman komuniti di Facebook mendapati, hampir setiap hari ia ditanyakan oleh pengguna yang tertanya-tanya berkenaan perkara tersebut.

Setiap kali ia ditanyakan, jawapan pelbagai daripada pengguna lain sentiasa diberikan, dengan rata-rata mereka akan menghalang penanya soalan daripada berbuat demikian.

Seorang pengguna, KhairulAswad berkata, orang ramai seharusnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP dan tidak membawa kanak-kanak ke pasar raya.

“Dah tahu PKP tengah berjalan, nak juga bawa budak-budak ke pasar raya. Jangan degil boleh tak?

“Kalau nak sangat bawak keluar, saya harap awak jadi sebahagian daripada statistik positif Covid-19,” katanya.

Tangkap layar komen netizen di laman Facebook.

Menurut Siti Hawa pula, usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 akan menjadi sia-sia selagi ibu bapa tidak serius mematuhi SOP.

“Lain kali rancanglah betul-betul pembelian barang keperluan. Ini tak, pagi petang siang malam nak keluar membeli. Apa pun tak boleh,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang mempertahankan pihak menanyakan soalan tersebut dengan berkata, mungkin mereka tiada pilihan selain membawa anak-anak bersama-sama.

Mustakim Beirut berkata: “Kita tak tahu keadaan orang lain, jangan tuduh mereka ini saja-saja nak bawa anak-anak ke pasar raya atau keluar membeli barang.

“Senang-senang je tuduh orang tak ada otak. Fikirlah juga keadaan orang lain, bukan semua senang macam awak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI